Assalamualaikum.....

Selamat Datang .....
rumah ni rumah aku ..

tk suka takpa ..
suka sila follow yer.
...



Monday, January 31, 2011

achummmmmmmmmm!!

  Assalamualaikum..soh seh soh seh...achummmmmmmmm!! ..ya allah selesema tak hilang lagi ditambah plak ngan batuk ..nak post apa2 pun jd tak larat sbb BLogwalking  je :) .Ade ke orang tgk blog aku ni hahahah ...?Takpalah bukan aku buat blog ni nak suh tergedik2 org bc blog aku ..aku wat spy dpt meluahkan apa yang aku rasa.
 Semalam dengan batuk2 slesema...aku merajinkan diri wat spageti..brg2 dah beli lama dah ..buatnya je belum ..anak sulung aku tuh suka sangat makan sampai 3 kali tambah sblm g tuition ..balik tuition MAKAN lagi?ermm makan lagi ..pagi tadi g sekolah bekal lagi ..spageti ..bio dia sampai termuntah spageti hehheehh.
 Nak dijadikan cerita ..semalam sama aku wat spageti aku wat kek karamel ..TAK JADI!! karamel cair ...kek tak naik ..agaknya sama macam kesihatan aku yg tak berapa nak betul ni ..last2 tong sampahlahh ..kalau leh makan aku mkn lagi nie mmg takleh makan ..hancusss!! aku kena gelak je ngan kawan2 aku hampehhh tul!! uwaaaaaaaaaaaa.Hari ni aku nak buat gak ..tak kira ...aku nak wat gakkk!!
 Aku rasa smlm tak jadi sbb aku kelam kabut kena kacau ngan akhim agi ..mcm2 masalhh ...ceh alasaaaaaaaaaaaan tp mmg betul tak concentrate ..kek ni kalau silap skit mmg hancussssssss!!
  OKlah aku nak kuar jap ade meeting ...meeting apa? aku masuk AMANAH ...so ade meeting setiap hr isnin ...ni nak glah ni oklahh ..karang aku post petua ye ..Assalamualaikum.!! walllaaaaaaa

Saturday, January 29, 2011

MM

   Assalamualaikum...last entry 4 today...allop...dah ngantuk ke?aku ngantuk dah sbb kepenatan hr ni..hhehheh cik hubby tlh merajinkan diri membawa kitaorang g MM...ermm biolahhh dekatt pun..aku dah tensen gile terperap kat umah..at least bila kuar g sopping cuci2 mata..leh gak kurang2kan ketekanan aku hahhahah.Tapi betullah...dah banyak kali aku cuba...aku try..kalau aku rasa mcm tertekan je...aku g kuar...jalan2 ..bio Mydin pun..balik muka ale senyum ...:)
 Aku kuar petang tadi dlm kul 5...anak aku ade kem motivasikan?..dowang balik kul 5 tadi so pas amik dowang straight terus ke MM...?MM short form 4 Mesra Mall..dekat je lbh kurang 45minit dr rumah.Sampai je kat sana..aku terus pusing2..jalan2 ronda2 cuc mata kat situ..tahu apa yang aku cari...ni diaaaaaaaaaaa


INI YANG AKU CARI..hehehhe...aku tak pernah makan benda ni..roti je..bukan apa tapi aku ade masuk satu laman resepi n..sibuk citer pasal roti ni sedap..enak dimakan sedap giler...so aku teruja gaklahh nak makan....nak tahu komen aku pasal roti ni...??
  • Inti cetoet.......maksudnya skit bebeno...
  • SEdap mmg sedap tp takdalahh sedap gile..hehehheh
  • Mahal siot hhhehehehh
  • Akan kubuat sampai berjaya roti ni....
Aku dah amik resepi ni tinggal nak mendrem mood2 rajin supaya datang kat aku banyak2 skit..ngeri siott dengo...tipu jelah..insyaallah kalau aku rajin aku buat..aku sebenarnya risau ni..minggu depan aku kena siapkan order 1600pcs masa Chinese New Year..yang mmg dh follow aku lama mesti tahu aku buat kuih apa...yang tak tahu....check it out nnt k...
  Meh kita layan gambo mana yang ade ni
 Along sibuk suh akhim diri molek..ermm...macam2


 Ajad sudah bersiap sedia..nk bersoping di MM..heheh dr sampai MM sampai dh balik tidoooooooo je ermm ajad2

  Buah hatiku.....korang nak tahu benda ni mmg selalu terjadi dekat aku...kitaorang kalau g mana2 mmg jadi perhatian..nak tahu sbb apa?
  1. Berderet - deret cam gerabak ketapi..hahahhah mak ngan ayahnya msh blh dikategorikan muda lagi bwh 35 tapi anak mak aii ramainya....ahahahhah ..
  2. Lelaki semua??a'ah lelaki semua...dah tuh kenapa tak buleh?kalau aku bllh main tekan2 butang nak anak lelaki ke perempuan..putih ke hitam..takpalah jugak...kuasa Allah s.wt belaka..aku terima dengan REDHA.
  3. Tak susah ke anak ramai2 bwk g jalan2..?Anak aku akunya sukalahh :)
Ermm benda ni dr aku dpt anak yg sulung dan no2...sampailah skrg...so aku nak bg jawapan yang jujur sejujur-jujurnya
  1. Malu?kadang2 bila anak2 wat perangai...bising ke di tempat yang tak sepatutnya leh wat bising
  2. Ermm penat mmglah penat...penat wooo anak lelaki ni....dan rapat2...kalau orang tahu dan pernah mengalaminya mesti tahu kepenatan yg ku rasa ehhehehe
  3. Susah?dah besar2 ni takdalah susah sgt pun ...masa kecik2 dulu je susah skit...dah besar ni take care ajad je...:)
Hahahhaha ..aku rasa kalau aku jalan berdua je ngan hubby mesti rasa missing something tp takpa..sesekali kita kena spend masa untuk diri sendiri..aku nak g faciallahh ..mesti best dpt buat facial...OOooOO lala..dan esok aku nak masak apa ye?check it out esok k.....
So nite to all sweet dreamz....

Friday, January 28, 2011

Kek batik simple

  Waa..rajin sungguh aku hr ni kan ..?Time rajin ..mood R datang takpalah kalau mood MM ...malas2 ahhaha apa pun tak jadi hhehehh. Pg tadi aku buat kek batik ..separuh dh tinggal..kejap jekk ..hubby aku tak suka sgt ..manis dia kata ..padahal gula aku dah kurangkan ..dah nak kt gane...manis pun manislahh derr!! HAHAHHA

Layan gambo jom
Inilah ghupa kek batik aku ..simple jekk ..mmg sedapp ..mabelesss kojapp yooo buek eeee..tk smpi 3ominit .
Sambil type sambil mkn ..buleh?rugi klu korg tk cuba...!!! betull derr.Lawak betullh aku ade baca dalam satu blog ni ..dia suka cakap derr ...mende ye maksud derr kalau ade diantara kawan2 yg tahu comment ye...mende gok der tuh ...aku main sebut je ..hahahahah

   Korang nak gak ke resepi ni?kali ni mmg aku derhaka betul2 ..kesian kat resepi yg asli ni ..bukan apa dah takda stok takkan aku nak g kedai semata2 nak beli heehheh alasan kuatkan?logik2...resepi asal biasalahh mesti biskut mariekan ?mengikut resepi 350gram biskut marie....aku hanya ade 290gram biskut adess masa tuh semua bahan2 aku dah kacau ..tinggal nak masuk biskut je..apa lagi ade biskut gula aku pun patah2kan campak dalam piuk hhahhahahha ..jahat tul aku ...sukati akulahh aku yang masak  :) jangan marah haaaa.Biskut gula terus aku pakai adess !!Resepi suh pakai air aku pakai susu cair ...tp lg lemak best derr hahhahah

Jom kita tgk resepi ...

1 cawan susu cair
1/2 cawan koko
1 cawan milo
telur aku pakai sebiji jek sepatutnya 2
350gram biskut marie heheehhe
gula 1/2 cawan manis milo dah kalau resepi asal 3/4 cawan
125gram marjerin ...

itu je ....masukkan semua bhn kecuali biskut dan telur..kacau sampai sebati...dah pekat2 skit masukkan telur dan masukkan biskut ..dah rata biskut ngan adunan tuh ..masukkan dalam loyang dan padat2kannya ...ok settle.Masukkan dalam peti ais dalam 3 jam . Boleh potong dan siap ngapppppppppp
Layannnnnnnnnnnn

Petua di dapur Pastri II

  Bertemu kembali kita ..heheheh ..dh makan ke belum? aku br sudah makan ..hr ni aku masak nasi goreng je sbb hr ni tk ramai  kat umah ..so makan apa yang ade ajele..jgn membazir.Hr ni aku buat kek batik ..alaa kek yg paling simple ..kalau korang nak tahu ..kek ni aku tak rajin sgt buat ..tp jiran depan umah aku ..selalu buat ..hai kak g heheheh!! aku pun teringin gak nak buat ...lagipun hr tuh kak g buat ..mcm best je anak aku makan ..:).Lepas buat nasi goreng aku pun buatlahhh ..kejap je ...sonang je yer...hahahah.Ok kita sambung petua2 tadi dr 10 sampai 20 ..Check it out!!

  • Doh pastri boleh bertahan lama jika diisi dalam plastik dan disimpan didalam peti sejuk .
  • Gunakan kertas minyak (greased proof paper) untuk mengalas dulang pembakar apabila membakar biskut atau merigue.Ini bukan sahaja menyelamatkan masa daripada melenserkan tin pembakar bahkan mengelakkan biskut daripada pecah.Kertas jenis ini boleh digunakan beberapa kali.
  • Kek keju mestilah disejukkan didalam ketuhar selepas dibakar.Matikan suis ketuhar dan buka sedikit pintu ketuhar.Ini mengelakkan kek keju daripada mendap.
  • Lebihan putih telur boleh dibuat merigue apabila anda memerlukan kuning telur sahaja.Untuk glis kuning telur(dipukul sedikit)masukkan kedalam botol bertutup rapat dan bekukan didalam freezer
  • Apabila menerap pastri,celupkan penerap didalam tepung
  • Sebelum membakar biskut,eloklah cuba membakar dulu dua keping biskut dahulu untuk menentukan keadaan pengembangan ketika pembakaran.Ini adalah bagi mengelakkan daripada membentuk biskut terlalu besar atau kecil
  • Untuk mendapatkan jus limau/oren yng agak banyak golekkan dahulu buah beberapa ketika diatas papan pencanai
  • Parutan keju boleh diisi didalam botol dan disimpan didalam peti sejuk
  • Mengupas kulit badam akn bertambah mudah jika direndam didalam air panas terlebih dahulu
  • Untuk menyedapkan lagi manisan buah-buahan(fruit salad) tambahkan sedikit jus oren,jus nanas ataupun jus laici.
Hbs dah ...next n3 plak ..ajad ats riba ssh nk type hhihihihi

Petua di dapur Pastri

     N3 kali ni aku nak post petua2 je...petang ni aku bagi sepuluh petua yang berkaitan tentang kek ataupun pastry .Mungkin ada diantara petua2 yang aku bagi ni mmg korang dah tahu ..takpalahh aku ingatkan skali lagi untuk peringatan kita brsama..kadang2 benda kecik2 macam nilah yang kita terlepas pandang .yerlahh aku ni pun bukan pandai sgt pun nak ngajo orang hehehh anyway meh kita checkk petua2 ni sama2 okay

  1. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan,bahan2 mestilah ditimbang dengan betul
  2. Ketika mencanai apa sahaja doh,jangan menaburkan tepung keterlaluan dipapan pencanai kerana ia senang diserap oleh doh dan akan menukar kuantiti barangan yang dibuat
  3. Oren atau lemon yang digunakan mestilah dibasuh terlebih dahulu sebelum diparut.
  4. Tentukan ketuhar telah dipanaskan terlebih dahulu sebelum membakar.Ketuhat elektrik memerlukan 20minit sebelum membakar dan gas selama 15minit sebelum membakar>Tentukan rak2 ketuhar ditempat yang betul.Sebagai panduan barangan beryis dan pastri hendaklahdibakar dirak yang teratas,kek dan biskut di rak yang tengah dan merigue dibahagian bawah sekali untuk mengelakkan ia bertukar warna terlalu cepat
  5. Tentukan kek tin diletakkan terus diatas rak ketuhat tidak diatas dulang pembakar yang lain melainkan jika tercatat didalam resepi
  6. Jika kek telah berwarna coklat tetapi kek masih belum masak,tutup dgn kertas minyak atau kerajang aluminium foil
  7. Jangan membuka pintu ketuhar pada peringkat awal membakar,jika biskut pintu ketuhar boleh dibuka selepas 5 minit tetapi kek selepas 15minit.
  8. Kek yang telah masak akan kelihatan mengecut dari tepi tin dan apabila ditekan dipermukaan atasnya dengan jari ia tidak meninggalkan kesan.Pencucuk lidi atau pencucuk daging (skewer) boleh juga digunakan untuk menentukan kek telah masak atau belum.Jika tidak ada tanda adunan melekat ini menandakan kek telah masak.
  9. Epal,pir dan pisang akan kelihatan lebam apabila dipotong.Untuk mengelakkan kesan lebam ini perahkan sedikit jus limau nipis dan gunakan pisau keluli berkilat.
  10. Jika doh pastri susah hendak dicanai letakkan diantara dua keping kertas minyak yang telah ditabur dengan sedikit tepung atau dinginkan dahlu didalam peti sejuk selama 30 minit.
Ok kita stop dulu ..cik abe balik dah dari solat nak sediakan makanan ..so chowwwwwwww

Sejarah kek perkahwinan

Hehheh ..hr ni aku nk ckp pasal sejarah ..asyik2 wat kek tapi tak tahu asal usul kek.Ok ni ialah sejarah kek perkahwinan..Teringat dulu2 zaman aku muda2 remaja..nilah bab yang paling aku tak suka...mencikkkk giler..sbb apa ?kena menghafal..dpt plak cikgu jenis ...ngajar baca terus buku teks...adess leh menguap sampai berair2 biji mata hehehh
  Seni menghias kek dipercayai bermula di Eropah pada zaman Ratu Elizabeth.Pada masa itu kek buah dibalut dgn badam lenyek dan dibuat dalam pelbagai bentuk menarik untukk dipersembahkan kepada golongan diraja dan bangsawan.Idea untuk menghias kek dipercayai hasil daripada pelbagai teknik kulinari yang dibawa masuk ke England melalui penjajahan empayarnya.
  Ketika itu,ek perkahwinan hanyalah kek buah yang dibuat kecil-kecil dan dibalut ngan badam lenyek yang melekit (kemudiannnya dikenali sebagai marzipan)

  Apabila charles II pulang dari Perancis untuk mengambil alih takhta pada tahun 1660,beliau membawa tukang tukang masak Perancis kegemarannya ke England.Tukang2 masak tersebut mendapati kek dengn badam lenyek tidak menarik dan kurang enak,lalu menggantikan badam lenyek dengan gula yang dicairkan.Hasilnya kek menjadi lebih cantik dan lebih manis.
  Idea menghias kek menggunakan gula mulai tersebar dan sangat diminati oleh para chef di Eropah ,menyebabkan mereka mula berlumba-lumba untuk menghasilkan ciptaan yang menarik kerana masing2 mahu hasil kerja mereka dihidangkan di atas meja diraja ( hasil kerja yang dihidangkan dalam santapan diraja adalah penghormatan trtinggi untuk seseorang tukang masak ketika itu.Hasil daripada persaingan inilah lahirnya pelbagai idea kreatif menghias kek.
 Tidak lama selepas itu,kek perkahwinan bertingkat menggunakan tiang mula dicipta.Secara traditional kek perkahwinan dibuat tiga tingkat sebagai simbolik tiga peringkat perkahwinan brlaku dalam perkahwinan...pertunangan ,perkahwinan dan keabadian.

Sumber The Essential Cake Decorating Guide,Thunder Bay Press 2001)

Busy ....ohh busy

  Salam ..dan selamat pagi ...busynyalah ...tp yang pelik aku sendiri tak tahu apa yg aku busykan sngt ni.semalam langsung takleh nk post satu n3 pun...heheheh ..punyalah busykan? kuih pun aku tak masak apa2 pun ..
 Pagi ni anak aku along ngan angah ade kem motivasi..tempat kerja ayah dia buat..2 hr..tapi balik harilahh...besok pun ada..aku suka kalau budak2 ni ade aktiviti mcm ni..idaklah membazir masa duk kat umah.Acik g Kafa..hr ni aku antar dia..tak beranilah plak aku nak bagi dia naik basikal sorang2..ehhehhe
  Hr ni aku buat sandwich sardin je ...dah hbs pun...sebungkus tuh roti...:) .Takda aktiviti apa2 hr ni...bosanlahh ..ajak g jalan pun tak nak..so aku memeraplahh kat umah ..buatlah apa2 yg patut ..buat taik mata ke? hhehhe..mlslahh bdn aku dah macam dipam2 dah ni...
ok...aku nak pi pasar jap...nak ronda2..pasar pun pasarlahh hahaha ..janji jalan ..chow

Wednesday, January 26, 2011

Muka ale senyumm ...:)

  Assalamualaikum ...ish lama rasanya aku tak membebel kat dalam blog ..bukan apa ..mood takda...dan aku rasa jiwa aku serabut sikit 2-3 hr lepas ..heheheh ...Kalau akus erabut aku takleh menuls..sbb karang aku buat ikan kerapu..
 Ok hari ni aku bangun awal gaklah dalam 5.30pagi..ade order hotdog dalam 20biji...dah settle anak2 aku ngan ayah dia g tempat bertapa masing2 aku pun mulalah operasi mengemas rumah ..yg aku tak buat 2-3 hr lepas..mmg mood aku merundum 20% je k tinggal ...bila aku takda mood aku mmg nak masak je dan makan benda2 manis yg leh wat aku senyum bulehh?
 Hari ini muka ale senyum..hati banyak senang...kenapa? heheheh akhim anak aku yg nangis tak sudah2 kalau nak g sekolah ?ingat kan?hr ni aku hantar dia...tak NANGIS dah dan siap bye bye lagi kat aku ..aku plak rasa nak nangis sbb dia dah tak nangis..ahhahaha lawak2 ..tak lawak ke?jangan gelak bio aku gelak sorang2 sbb aku rasa lawak hahhahha
  Aku suka lagi hr ni sbb korang nengok blog ni...cantik tak?aku godek2 template setting sampai 2 jam ..hahhah inilah hasilnya ..oklahh bg budak2 br belajar mcm aku ni ...mana aku reti nak buat secanggih korang2 yg dah senior blogger dr aku ye dakk??
 Pagi ni sarapan hotdog je....masak lunch? belum buat sbb lauk takda...habis ..br nak g beli hr ni ....kadang2 aku buntu lah nak masak apa...mesti korang dapat agak kan ..aku asyik masak dessert2 aje kan?lauk pauk?aku tak reti sebenarnya..aku hanya suka masak dessert ...kuih muih dan kek ..Lauk pauk bolayan ..ehheh tapi masak untuk keluarga bolehlah skit2 ..hehehe
Alhamdulillah follower aku dah nak dekat seratus ..waaa macam tak caya je..sbb aku buat blog ni mula2 saja2 suka2 main2..bosan2...ruphanya ade gak org yg suka baca aku bebel yer...ekekkke ..takpa2 teruskan ..blog aku ni bukan sekadar bebel je..insyaallah akan aku letak resepi2 yg telah aku buat beserta gambonya sekali ...kalau rasa nk cuba cubalah amiklahh resepi tuh aku atk kisah ..kongsi sama2 ye dak?
  Dah dekat kul 12..jap lagi nak siap2 g anto anak aku sekolahh ..cam biasa rutin harian akulahh ni ...ermm aku rasa cam nak g jalan2 minggu ni ..nak ke hubby aku bwk yer....?jealous aku tgk kalau kawan2 aku asyik g jalan2 je..aku?hahahah duk umah jelah hahhahahha.

Opss ..gambo kat atas tuh ....bukan nak interframe.ye .ade yg nak tahu aku ni mcm mana ...so sama korang membaca tuh .lehlahh korang bayangkan ohh rupa ni penulisnya hahahha ...buruk je aku ni ..kalau korang tak suka ...ade aku kesah heheheh ..jangan marahh haaaa.

Tuesday, January 25, 2011

Puding Gula Hangus with laici topping

  Salam kengkawan semua ...aku sibuk sgt hr ni ..lagpun aku takda mood nak menulis sbb jiwa aku asyik teringat dekat 2 resepi ni ..mula2 aku post dulu resepi ni ye...mmg senang sgt buatnya ..tak sampai 15mnit dhleh kukus..pastuh dalam 45mint leh dah ngapppppppp mmg sonang baitu ..eheheh
meh aku tunjuk gambo ...

Mmg senang buat ni ...kejp jekk ..aku buat tak sampai sejam dah ngap ahhah ..tp tak sempat sejuk aku dah bedal separuh hahhahah ...tp mmg senang dan kejap..kali ni aku tak derhaka pun aku baik hr ni sbb mood aku tak baik ...so kuih kena baikhhahahahh

meh kita tgk resepinya

3sudu besar gula
7biji telur
1 tin susu pekat
esen vanilla
1 cawan air

ituuu aje...senangkan sapa2 pun leh buat ...:)

Cara2nya
amik loyang mengikut pengalaman aku ..amik loyang kecik skit sbb aku pakai loyang besar nipis skitlahh jadinya..pastuh tabur gula dalam loyang masak watlah gula hangus..masak ketepikan
telur dikepok sampai berbuih dan masukkan susu pekat tadi kacau sebati kemudian masukkan air ...masukkan telur dalam loyang tadi dan kukus 45 mnit ..siap sejukkan dulu sebelum diterbalikkan ..wallaaaaaaaaaaa makannnnnn!!

Monday, January 24, 2011

Poligami?anda suka atau benci?

   Hello2...tajuk panas ni heheheh ...buat pengetahuan korang ..tajuk ni takda kaitannya ngan aku ....aku bercerita pasal tajuk ni sbb ...tajuk ni mmg tajuk yg glemer ..dan tak hbs ..kalau dibawak berbincang ...OK!!
Sebelum aku citer banyak2 meh kita tgk video pasal poligami ..layannnnnnnnnn

 Aku tahu rama dikalangan  kita lebih2 lagi perempuan..benci dgn perkataan poligami ni kan? Samalah aku pun mcm tu gak ...Bila kita ajukan soalan ni kepada kaum lelaki ..mereka akan jawab .>ISLAM benarkan kahwin 4 ..kan? ok mari kita semak balik apa yg menyebabkan perempuan2 diluar sana ...benci dengan poligami

1) Ketidakadilan....
 Kalau tak adil sapa2 pun tak suka ....mentang2lah kahwin bini muda..asyik nak balik tidur umah bini mudaaaaa jekk ..Ada yg baru yg lama dilupakan ...tak blhlah mcm tuh ...kn adil dr segala segi baik nafkah batin atau zahir ...!!

2)Kahwin sorok2
Dahlah kahwin lain .sorok2 plak tuh ...tk gentleman ..klu lelaki tuh bertanggunjawab mesti dia britahu kt bini pertamakan? ni sorok2..sampai dah berank pinak takk tahu pun yg kita dimadukan....nnt kalau kita tanya soalan ni kepada lelaki..nk tahu apa jawapannya..dah kalau beritahu...nnt yang tak bg gak kahwin ..boleh??

3)Money !!!
Ini lg klako...bini yg ade skrg ni pun kena kerja tertunggeng telanggang erkk bhs apakh ni ..hentmlahh ade hati nk kawin lain ...nk tanggung ank bini pun kerja pah tgh mlm...teringin nk pucuk muda ...hhihi..lawak2...Klu rs nk kawin lain ..tgk dulu keadaan kewangan kita stabil ke tak....emm ni asal ade je yg berkenan...lelaki2

4)Kekuatan batin...
In aku kena cite gak...sbb kdg2 lelaki ingat dowang power bebeno nak kawin ssampai 4...kadang2 soranng pun pengsan..ni berangan nak sampai 4..sedarlah wahai2 lelaki yg berkeinginan kahwin sampai 4...jgn malukan kaum lelaki okay.

5) Sunah Nabi
Jawapan favourite...ikut sunah Nabi..kawin 4..hehhheh..yg ni ikut sunah yer...solat,puasa cukup?yg wajib ni dulu diutamakan ,,,ermmm yg sunat nie bila dah cukup wajibnya...

6) Kekurangan ilmu agama
Bercakap pasal agama ...ini yg kita perlu tahu ...nk mendidik isteri ..dan ank2 ini yg perlu ..klu kita gagal mksudnya ...anda gagal untuk berpoligami!!

Aku bukan menidakkan poligami ...aku thu itu hukum Allah .berdosa klu kita menidakkannya...dan aku thu..ramai dikalangan kita tak suka ngan poligami termasuk aku!! heheh...teyapi itu semua Qada' dan QAdar...andaikata kita terpaksa melaluinya...laluilah dengan keredhaan dan keihklasan kerana ALLAH swt...insyaAllah ..niat kita didengari amin ..ya rabbl alamin

Sunday, January 23, 2011

Dinner mlm ni

  Assalamualaikum ......
 Malam ni aku malas nak masak.....heheh bukan selalu aku mls..so malam ni aku masak Roti pizza je...senang segera dan yg penting sedap...korang tahu tak roti pizza? aku tunjuk ngan korang yer rupa roti pizza



Senang banget nk buat roti pizza ni..kejap je 3o minit bleh dh makan..:) khusus untuk mak2 yg nak dderas masak sarapan...tak kiralah bila2...janji sedapkan? Roti ni belum ditouch up lg ngan mayo dan sos cili..tgk gambo ni plak

siappppp....apa lagi ngapplahh..hhehheh

Bahan2nya
Roti gardenia..roti lain pun blehh ..tarak hal
TElur 5 biji @ kurang pun takpa...goreng macam wat telur dadar tapi hancurkan
Sosej 5 batang
Cheese
Mayo n sos cili
Marjerin

Cara2
Roti sapu ngan marjrin lu
Letak telur dan sosej tabur cheese skit...bakar 170 5minit sampai cheese cair
dah masakkan picitkan sos cili dan mayo...makann..walllaaaaaaaaaa

Hensem tak saya ? hehhhe

  Jumpa balik..heheh ...
  Kalau hr lain mmg n3 aku kureng kalau hr ni aku mmg free...Ajad sudah potong rambut ehehehhe ...kalau tak rambut cam gegirl ..dahlah muka sweet cam gegirl dah ..so aku pujuk2 gak ayah ajad suh putung itu lambutlahh ..heheh...
meh kita tgk new of Ajad ..

 Seksinya anak mama ni .....ajad tak blh duduk diam ...asyik nak gerak je..masa potong rambut ...
nie gambo lama ...panjang rambut sampai masuk dlm tinge ...hehheh


haaa tgk rambut lama dia panjangkan?ermmm

aku nk hantar anak g sekolah petang sat ..chow...

Puding jagung simple kaluuu

  Asaalamualaikum..Bertemu kita sekali lagi dalam rancangan periukkk...:) ehhehe...Aku dulu2 ms kecik2 suka tgk rancangan masak2..Pastuh practiselah ngan piuk belanga umah mak aku....ngan senduk,sudip..kuali pun aku guna...dulu aa masa umur 6-7 thn,,hehheh suka sgt ngan masak2....
 Hari ni resepi kita  Puding jagung simple...mmg simple..insyaallah jadi.Kalau betul2 ikut resepi yang aku bg ni.

Bahan2nya
1 cawan jagung
1 cawan tepung kastard
3/4 cawan gula
3 1/2 cawan air
11/2 cawan susu cair
2helai daun pandan

dalam resepi dia suh masuk dlm piuk..tapi aku rasa masuk dlm kuali lagi senang...mcm ni tgk yee

Yang ni dalam 3minit br masuk kuali...tgk perbezaan warna dan kilatannya...
Nampak tak kilat?yang ni dah 13 minit masak..dan warna dah lain..semakin kilat kan?
  dah letak dalam loyang..tgk akunya kelam kabut..ngan daun2 pandan aku tak amik..heheheh anak kata mama ade sayurlah :) sayur? ermm


caranya sgt senang ...masuk semua dalam kuali.....kacau dgn api perlahan dan ...kacau sokmo2..okay..sampai kilat dan pejal...

Tips
Masukkan loyang yg nak buh puding dalam peti ais atas...puding akan cepat keras ..:)

Tampal sudah....

   Salam hr Ahad..pg ni aku bgn kul 5.30pagi hehhehe.Biasalah kat ganu hr ni sekolah..org start keje...so aku pun kenalah  bangun awal ....celik je mata kerja kerja kerja...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa
  Semalam aku tak update apa2 selain dr sakit gigi tampal koyok..Petang semalam aku g tampal gigi.Aku g ngan akhim.Gigi dia pun problem gak..ingat nak tampal..doc kata takleh tampal beso ngat lubang...so doc bg ubat tahan sakit lagi 5 hr datang cabutlah itu gigi :).Aku plak mmg ade lubang kat gigi..kenalah tampal...kalau korang nak tahu..aku mmg tak suka jumpa doc gigi..dah sait sgt br gi ...boleh gitu?
   Selesai hal2 kat doc gigi kenalah bayar rm60.00.Boleh tahan mahalnya hehhehhe..sebaik duit bos besar :)
Aku kalau dah tak sakit.Apalagi gatallah tangan nak buat kuih....kita layan n3 lagi satu aku pos resepi..wokeh layannnnnnnn

Saturday, January 22, 2011

gigiku semakin sakit ...atoiii

  Assalamualaikum.........pagi ni gigi aku semakin sakit ..ngak blh tahan lagi ..sakit sgt2...pg ni aku tak makan apa2 pun lagi..air putih pun aku minum jd sakitt ....nak kena g tgk bakpo ..nak kata lubang tak nampak pun lubang ...tolong2..eheheh ngada2lah plak ..sakit nak bersalin 100x lagi sakit dr sakit gigi ....leh lak aku tahan 5 dah hehheh ..saja je uat n3 mcm tuh ..tp mmg aku sakit gigilahh ..ni tgh siap2 nk g kliniklah ni ..nak amik skali anak sulong aku balik tuition g lalu.
 Dah cuba lum roti arab ..? belum cuba lum tahu nanti hr2 buat...sbb mmg sedap ..rupha je tak berapa lawa ..tp nyum2. Petang ni aku msh tak tahu nk buat apa...msh blur2 gituh ....aku nk kena prepare brg2 untuk 4hb ni tak lama dah tuh skit je lagi ..:)
 Oklah aku g klinik dulu ....ptg2 nnt aku update plak okay..chow

Friday, January 21, 2011

Roti Arab

  Assalamualaikum .ahlan wa sahlan .hr ini ana nak bagi resepi dari negeri Arab laaaa ..ini resepi namanya ROTI ARAB.Hari ni ana naik untalahh amik itu resepi ...manyakk sedaplaaa ...deliciouse wahahhahah.Adesss pening aku nak cakap arab...
  Aku amik resepi ni dr My resepi ...:) Nak djadikan cerita..aku wat kuih ni kul 3..kuih ni kena gak perap dalam sejam.Lps aku buat kuih tgh tunggu kuih diperap aku pun bungkuslah kek coklat lembab kawan FB aku ni Tq wana..coz sudi try kek aku.Tepat kul 4 aku siaplah bungkus...then aku nak masuk dapur nak buatlah roti ni..tup tup .anak aku jerit ..mama ade orang datang ?Nak tahu sapa ..my MIL and SIL ..heehheh Langkah kanan dowang ni ..:)
  Aku pun sibuklah didapur menggoreng roti arab ni dapatlah dalam 19 keping ..LICINNNN :) hehehheh.erkk korang tahu tak roti arab camne ruphanya....SIL aku kata dr luaran nampak cam tak sedap je kak lynn sekali makan ade syokkkkk hehehhhe :) Itulahh jangan dipandang luaran shj ...hati didalammmm kasi tgkk ..:)apa kena mengena hati ngan roti arab ni ..lari tajuk2....
 Back to the point ..meh aku tunjuk ngan korang rupha roti arab ..check it outt !!
Iniler rupha Roti Arab ...simple jek kan ..tp sedap wooo ..bkn aku puji diri sendiri ..FIL aku pun kata sedap :).Cicahlak ngan kari ayam .pehhhh masyukk ..tp aku takda kari ayam aku cicah ngan sardin jekkk ..sardin pun sardinlahh sedapppp layannnnnn.ade marii kena gu dia...mak mentua lalu belakang pun tak sedor..ye dak?hehheheh.Malam tadi aku buat plak sbb anak bujang sulung aku tak sempan makan..sardin pun dh hbs...yg petang tadi...siap beli sardin lain suh buat...sian lak aku tgk..buatlah kejap bukan susah pun ...aku syang anak2 aku ..tak tahulah kalau dorang ..ingat ke tak dekat aku tua2 nanti uwaaaaaaaaaaaaa..emo plakklahh,,aku ni hahhahh

Meh kita tgk resepinya ..ringkas dan amat mudah ....

2sudu besar marjerin
2sudu besar gula
2sudu besar minyak masak
500g tepung gandum
6g yis.(setengah peket yis)
air suam 300ml

Amacam senang kan?cara2nya plak ..
marjerin,gula,minyak dan air suam....masuk sekali gaul2...sebati
yis masukkan dlm tepung pastuh tuangkan bahan2 kat atas tuh uli macam uli roti ...perap sejam
buatkan bulat2 kecik..pastuh canai jangan nipis sgt jagn tebal sgt ...dah siap bolehlah di goreng

tips..
uli sampai licin untuk mendapatkan roti arab yg chumil
api kena sedrhana..br kembung kalau kecik dia kecut berut hahhahah
perap malam goreng pagi pun blh..letak suhu bilik je..takpa
buat frozen pun blh..

Layan gambo lagi

Nampak tak kuah sardin sempoi tuh ..sardin tuh anak bujang aku yg sulong masak ..ermm kena blaja2 gak masak ..aku mana ade ank pompuan ..mati terkejut aku ,semua aku kena buatlah jawabnya kalau aku tak slow2 ajar anak2 aku masak kan kan kan?

Aku rasa resepi sardin takyah kabolah ..takkan tak tahu kan?simple berdimple kapadia jekk.eekkekk...Korang tahulah kalau hr jumaat aku mmg takleh nak update sungguh2..beselahh big bos ade hahahhah.

Sampai disini saja sayang ..heheheh (lagu tuh bkn aku jiwang) tak mainlah jiwang2 dlm blog ni aku ni jiwa kental hahhah ..so sayonara all...tq sbb sudi baca n3 aku ni..daaaaaaaa

Bun Kentang

  Salam pagt jumaat .....ehhehe skrang umah sunyi br leh update blog...ni semlamnya masakan...ade kawan tempat kerja lama aku mintak resepi ni ..bun kentang ..Puan Mimi ..meh jenguk2 log saya ye...chumil Puan Mimi ni macam Amy Mastura ...eceeece :)
  Ok...aku mmg selalunya derhaka ngan resepi dan jadi.Alhamdulillah .Kali ni aku buat satu adunan je...sbb makanan byk sgt ..kalau aku buat 2 adunan membazir plak ..sbb hr ni aku ade projek lain nak buat ..hhehehhe
Aku dh upload gambar2 jom tgkk
Sebelum kembang setelah diuli dilenyek dibanting dan dipukul ...degillnya tamparr kunk ahahahah

Setelah mengembang ....wallla ...kembang setaman ..dah tak degil ..dh dengor ckp dah ni eehheheh

 Penuh you satu loyang ..yang atas tuh abaikan ye...nnt aku citer sbb apa jd mcm tuh biasalahh aku manusia gak ..tak lari dr kesilapan ..chewahhh ..!!


  Nahh tuhh diaa setelah dibakar....rupa tak berapa berkenan disebabkan atas dia tuh (aku tgh geram ni!!)..tapi lembut gebusss yg teramatttt2...

Lembut tak?tak jelaskan ..jap2 aku amik gambo yg jelas skit ...mcm kena flash camera je ..jap2 yee

 Haaa jelas skit kan ...amacm?

resepi ni aku amik dr majalah ...sama je mcm resepi2 roti yg lain...:) Meh kita tgk..

Tepung roti 250g
kentang 70g(yg telah dibuang kulit direbus dan dilenyek )
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
11/2 sudu kecik yis segera
2 sudu besar marjerin
120ml air suam untuk rendam yis

cara2nya
yis direndam dalam air suam sampai kembang dalam 10-15minit
bhn2 yg lain letak dalam bowl gaul sebati betul2 marjerin2 tuh takda yg tak hancur k
setelah yis naik campurkan dalam bowl yg ade doh tadi....uli doh tuh..selama 10 minit ..uli jangan tak uli jgn skip masa tau..nnt tak jadi...:)
setelah 10 minit uli..masukkan pula dalam plastik bersih..masukkan doh tdi..pastuh lenyek2...doh tuh tumbuk2...buat je apa yg nak buat,ada rasa marah ngan seseorang?inilah waktunya...apa lagiiii serangggggggggggggggggggggggg
haaa penat dah?relax2 tarik nafas....kita rehat sebentar ...perapkan doh tuh ...letak dlm mangkuk tutup ngan tuala lembab ..bio doh tuh rehat dalam sejam.
Ok ..teruskan bila doh dah diperap ...amiklah doh tuh buat bulat2...penuhkan loyang ..dan biar rehat lagi ..aku selalunya kalau time rehat2kan doh ni aku buatlahh benda lain ..kemas umah ke masak ke..g beli2 brg ke...so taklahh rasa sgt lama menunggu ..
Bila doh dah naik ...bakarlah ..pastikan oven dh panas dalam 20minit suhu 175..sebelum masukkan dlm oven glazelahh ngan telur campur air ..apa bhs kek kata eggwash ...haaa jgn tak caya ..kek pun ade bhs dia gak hahhaha.Lps dh egg wah..sembur kan air skit kat roti tuh nak abgi kulitnya cantik je.
  Ok aku nak citer pasal akunya topping atas tuh ..kan ade kentang rebus tuh adele lebih...aku nak buang sayang ..nk masuk belaka takut keras plak roti aku ..aku pun nak derhaka kat reepi biasalah aku kan?u know me...aku nak amik kentang tuh campur ngan lebihan coklat salut donat hr tuh ..ingat tak?..haaa aku pun masukkan kentang dalam coklat tuh ..aku pun masaklah ..aku gwat kije lain jap....buat2 kerja sampai aku tak ingat rupanya aku ade masak something kat dapur...sampai hangus...hahahah....vengom tulah aku ni!!
 Sebenarnya .kalau bun kentang ade kuning2 garis2 atasnya tuh ...perasan kan
Ni resepinya
2 sudu besar tepung kastard
susu segar@susu tepung Agak kepekatannya
2sudu besar gula
masak dalam piuk dan kacau sampai pekat2.....picitkan kat atas roti
Nak dijadikan citer ..tepung kastard takda kat umah ..dan aku mls g kedai ..dan konon2 bajetlahh nak tuko toping lain last2 jadi mcm tuh ...hampehhhhhhhhhhhh itulah citernya....so korang tahukan nak buat camne paipkan kastard tuh senang je...buatcam aku buat tuh tapi kastardlah hahahhaha
Tapi korang jgn risau ...rotinya still lembut dan gebus....
So pengajaran disini..nak derhaka berpada2 ..heheheh

cau cin cau...yeeehaaaaaaaaaaa
assalamualaikum!!

Thursday, January 20, 2011

Gusti..smackdown

  Allop ..kat umah aku ni hr2 ade gusti dan smackdown...takde aktiviti2 lembut2 TAKDA.Anak2 aku mmg suka sgt smackdown2 ni...Nak dijadikan cerita...2 hr lps .ade kemalangan berlaku..meh layan gmbo!!
 Ahhahha ...kena balut tangan ...(abaikan kain dibelakang tu ye heeheh).Ini gambar anak aku yg no2.Aqil ..dia ni mmg aktif...aku tak tahu punca dia jd mcm n..ms tuh maghrib..aku kat dapur..dia br pas mandi..Aku masuk2 aku tgk dia kata siku dia sakit takleh wat lurus tangan..aku ingatkan sakit sikit2 je..aku mls nak layan..ermmm.Malam tuh lain mcm aje aku tgk dia,,mcm sait je...aku ckp ngan ayah dia,,siku dia sakit.Hubby aku g lah tgk...uratnya bengkak..urut2 skit..sapu minyak pakaikan benda ala tuh..Malam tadi ayah dia bwk g ngurut..kat seorang pakcik kat dungun ni.Nama dia Pak Ali.Pak Ali kata bukan patah tp bengkak urat,Kena pantang makan,Benda sejuk2 angin2 tak buleh
  Pagi ni msh tak ok..aku rasa...dan aku tgk,Aku suh g sekolah gak..sbb tangan kiri yg sakit bukan tangan kanan ..so buleh tulis,,!!jgn manja2 sgt..itulah aku!!!
Oklah aku nak masak jap..............untul lunch,so take care semua..malang tdk berbau,,,

Brownies pisang .

  Salam ..lagi dan lagi .Pagi ni aku nak tulis resepi yg petang semalam tak sempat nak update petang tuh lalu .Suka tak makan brownies?Aku nak kata suka sgt idaklah jugak ..makan gak skit2...tp brownies kali ni agak berbeza..sbb aku letak pisang yg dilenyek kasar jd masa mkn akan terasa pisangnya .
  Ok ..aku mmg sakit gigi tapi tak sakit jari ..so aku masoh blh mengepost n3 baru kat korang ..so korang jgn isau ye...Meh kita layan gambar bronies..pastuh aku akan bg resepi okayy

Haa yg ni sebelum dibakar ..brownies sellunya org letak dalam loyang empat segi sbb sng nak potong.
  Gambor ni plak yg sdh dibakar ..heheh abaikan kecacatan disitu..aku cucuh pakai garpu tuh nk th masak ke tak..takpa2 nnt touch up skit

Yang ni setelah ditopping ngan coklat cair ...mabelles.
  Tadaaaaaaa ..setelah dipotong dan dihias ..ermmm sedapp
Ok kita layan resepi plak k ermmm nampak tak pisang kasar kat brownies tuh ..sedap!!



Bahan2
4 biji pisang ~ dihiris/dilecek atau boleh juga separuh lecek separuh hiris2 (aku bubuh 5 biji & dilecek)
50 gm serbuk koko
115 gm mentega
340gm gula halus
115gm tepung gandum
½ sudu kecil baking powder
sedikit garam
sedikit esen vanilla

Cara-caranya
1. Cairkan mentega.
2. Pukul/kacau sedikit telur bersama gula halus & juga serbuk koko. (guna whisker aje.. xyah guna mixer pun). Tuangkan mentega cair & garam. Kacau sebati.
3. Ayak tepung gandum bersama baking powder sebanyak 2 kali.
4. Masukkan tepong gandum tadi ke dalam adunan cecair tadi sikit demi sikit & digaul sebati.
5. Gunakan senduk kayu, masukkan pisang yang dilecek & juga esen vanila. Kacau sekadar sebati.
6. Panaskan oven suhu 175C ~ 180C (ikut oven masing2). Lengserkan loyang dengan sedikit marjerin.
7. Tuangkan adunan brownies tadi ke dalam loyang dan bakar brownis selama 30 ~ 35 minit / sehingga masak. (guna lidi penguji utk uji brownis.. jika dicucuk & keluar bersih bermakna brownies sudah masak.. atau cara lain.. tekankan jari anda ditengah2 brownies/kek (pun boleh) jika ianya menganjal bermakna sudah masak. Jika ia meninggalkan kesan tenggelam kesan jari ertinya masih belum masak... Ini petua dari Chef Anuar Deraman
8. Potong2 brownies untuk dihidang samada tanpa topping atau boleh juga diletak topping kegemaran (jika nak letak topping.. sejukkan terlebih dulu






COKLAT TOPPING


250 gm coklat masakan
2 sudu besar susu pekat manis
1/4 cawan air panas mendidih

Cara2 Menyediakan Topping
1. Panaskan air dalam periuk untuk tujuan double boiling.
2. Bancuh susu manis dengan air panas hingga sebati.
3. Dalam bekas yang sesuai.. tuangkan bancuhan susu tadi & coklat masakan dan masak secara double boiling sehingga coklat cair.
4. Matikan api.. dan sentiasa kacau coklat sehingga mendapat kepekatan yg sesuai. (bila dia sejuk sikit.. dia makin pekat dan bolehlah dituangkan di atas brownies yang sedia disejukkan)


Oklah .cubalah yer,,resepi2 kat sini ..cau cin cau

Hari2 drama ...atoiiiiiiiiii

   rupa budak yg buat perangai hari setiap pagi!! ermmm



  Salamm ...pg ni mood tak berapa baik ..sbb pagi2 aku dh angin dan panassssssss dgn perangai anak aku yg susah nak g sekolah tuh .alaa yg buat drama hr2 tuh .Pagi ni aku dah hilang sabar , bila dia hr2 buat perangai aku tak blh tahan .dahlah aku sakit gigi hr ni ..makan dak buleh ..perut dah bunyi dangdut2bagai!! i hate this..i hatee ..padahal dia blh g seolah sekali ngan ayah dia pagi tadi..tak nak nak aku hantar ..ak ikutkan aje ..punyalah nak dia g sekolah ..seminggu dah aku ikutkan sampai skolah nangis jugak.Budak yang dia kata kacau dia kat sekolah tuh samai kena pindah sekolah punyala cikgu nak dia sekolah elok2 tak nangis.
  Pagi tadi ..lps ayah dia g kerja dan hantar abg2 dia g sekolah aku pun kejutkan dia g sekolah mcm biasa dia kata tak mboh ..aku pujuk2 lagi ...tak jalan gak ..last2 aku amik hanger buat2 nak pukul dia ..br dia bangun nangis2..aku bknnya nak pukul sgt anak2 ni ..tp kena ajar skit kalau tak mua ..th tk mua?mua tuh macam anik lemak ..ermm naik lemaklah tuh .Nak kata aku manjakan anak2 ..tidak sama sekali .Aku adalah mak yg garang dan tak reti nak manja2 ...sangat .Sesekali tu adelah ...:)
  Selepas dia dah masuk bilik air....aku pegang hanger tuh sampai dia sudah mandi ...dia cakap lagi tak nak g sekolah....eeeeeeeeeeeeeee aku rasa nak sekeh je..!!sabor lynn sabor !!Aku dah hilang sabar nak dekat 3 minggu sekolah ..perangai rupha tuh gak ..sapa tak angin.Kita ni ngan ajad lagi nak dukung ngan rmh nak kemas  dgn nak masak lunch ...ingat aku takde kerja kat umah .......wuuuhhhh mmg mencabar kesabarn aku ..betul2 mencabar.
  Aku amik kain baju dia masuk dlm beg ..aku cakap ..nak ddk umah org lain ke?Ni bag ..Na tahu dia kat apa? NAK DDK UMAH ORG LAIN TAKMO SEKOLAH blh gitu..??? Takmo sekolah punya pasal sanggup duk umah org lain!!
    Aku nak tgk perangai dia mcm mana ..? aku bwk keta aku letakkan dia tepi jalan ngan beg2 sekali ..jalan tuh takde ketalahh..pastuh aku nyuruk kat tempat lain nak tgk perangai dia.Korang nak tahu ..dia hanya jalan pikul beg tuh....nak cr umah orang!! sakit hati aku betul2!! .Aku dah tak tahu nak buat apa ..betul2 buntu...aku tak tahu apa sebenarnya masalah dia..dia tak suka g sekolah sbb apa?? sbb kawan yg kacau dia?kawan tuh sampai tuko sekolah..nak kata cikgu garang ...tak garang ...sbb apa sampai sekarng aku takda jawapan.
  Mungkin ade dikalangan blogger menganggap cara aku ni melampau ..terpulang ..aku cuma nak ajar anak aku..tp GAGAL juga...entahlah kadang2 aku jd penat..jadi tertekan ..anak2 adalah segalanya buat aku ..anak2 adalah madu untuk aku ..tp kadang2 anak juga..RACUn  bagi aku .aku menangis td  belakang pntu bilik aku ...aku nangis sepuas2nya...biarlah airmata ni jadi pngubat hati aku HANYA ALLAH yg tahu knp aku buat begitu!!

Wednesday, January 19, 2011

Chiffon pisang ...yummyyyyy

   Salam ...hr ni aku sibuk wat experimen pasal kuih lahh apa lagi ..petang ni oleh disebabkan aku terlampau rajin ..sekali dua daa aku buat marathon chiffon pisang ngan brownies pisang?Dua2 pisang a'ah dua2 pisang sbb aku nak perabihkan akunya stok pisang yg berlambak kat dapur tuh ...yeehaaaaaaa!!
Ok kita layan gambo dulu ye...

Chiffon pisang ...haaa yang ni belum di masak br masuk dlm loyang...loyang ni mmg sesuaiilahhh sgt tuk buat chiffon ...layanzzzzzz

 
Chiffon yg sudah dimasak ..semerbak baunya didalam umah ..ermm macam kebun pisanglah plak ..rasanya!!

amacam sudah terbau2 chiffon pisang ?hheheheh meh kta potong plak tgk kat dalam chiffon ni i likeeeeeeeeee
Lembut..gebus...rasa pisang asli ..ermm memang sedap rasa nak makan2 ngan loyang2nya sekali ehheh:)

Aku cuba nak witahu kalau korang tgk resepinya mula2 mmg rasa mcm leceh tp...sonang yo buek ee...yang penting kita ikut step by step ye...kalau korang main hentam kormo mmglah tak jadi sbb chiffon ni vely2 sensitip ...Meh sini kita kongsi sama2 resepi ni ..okay

Bahan A
7 biji putih telur ( pastikan tiada setitik pun telur kuning didalamnya  kalau tak tak jadi)
75gram gula halus  ( nak pakai gula biasa pastuh blender halus pun blhh)
1 sudu cream of tar tar ..(mcm serbuk putih..serupa ngan baking powder d soda)

Bahan B
5 biji pisang puto ..apa2 pun blh janji pisang allrighttttttt
90ml minyak
90ml air
7 biji kuning telur
2 sdu besar susu tepung
75gram gula halus.
175  tepung gandum campur ngan 2 cubit soda diayak ngan 1 sudu kecik bpowder

ok cara2nya

1) Gaulkan bahan2 B (kecuali tepung gandum) sehingga rata menggunakan whisker. Ketepikan..cair je kan adunan ni sbb tak letak tepung gandum lagi..macam kat bwh ni..lepas itu




2) Pukul semua bahan A sehingga putih telur mengeras. (diterbalikkan tak tumpah). macam ni



korang letak kat atas kepala korang tgk jatuh ke tak..hheheh kalau jatuh it's means FAILED ehehehh

3) Gunakan mixer dan pukul sebentar bahan2 B yg diadun mula2 tadi. Campurkan tepung sikit demi sikit sehingga rata & pekat. macam ni


adunan akan jadi pekat mcm ni ..haaa kan sng kalau ade cth gambar ye dak? mcm serupa tapi tak sama ye...

4) Panaskan oven suhu 150C. Masukkan adunan A (adunan telur) sikit demi sikit ke dalam adunan tepung tadi dan kacau rata menggunakan spatula (kacau satu arah saja). jadi mcm ni 



5) Tuangkan adunan ke dalam loyang chiffon dan bakar kek sehingga masak. 



MaDiHa bakar guna suhu 150C selama 30 minit kemudian diturunkan suhu ke 140C sehingga genap menjadi 55 minit masa membakar.
6) Bila dah masak.. keluarkan kek dari oven dan terus terbalikkan loyang sehingga kek benar2 sejuk. 

gambar terbalik aku nk tunjuk gak ekekkek


7) Keluarkan kek dari loyang dan bolehlah dipotong









Ok....aku amik resepi ni dr FP Madiha..sowi Madiha...amik tak beritahu ..anyway tq 4 this recipe..i likeeeeee

Selamat mencuba semua ....:)

Apa ni?

 

   Apa ni?Ini bungalah ....bunga ni warna biru ...tahu tak nasi kerabu ..ala yg warna biru tuh banyak ulam-ulaman. Kalau kat Kelantan diaorang pakai bunga ni kalau nk masak nasi kerabu.br best kalau kat belah2 KL atau Selangor sana mesti pakai pewarna biru .sbb bunga ni susah nk cari kat sana .no no no tak bagus ....:)
 Bunga ni senang sangat nak hidup...Tumbuhan yg menjalar....aku amik bunga ni kat umah jiran aku kat sebelah ni ...banyak sgt ...sampai tak terbuat.....Korang nk tahu?aku tak pandai dan tak pernah wat nasi kerabu ...aku rasa mcm tak rasa nk buat lagi ..boleh?Cuba aku nak share ngan korang mana2 yg tak tahulah mana dtgnya warna biru nasi tuh ....
Mungkin ada gak sesetengah peniaga malas nak cari bunga ni ..tp aku buat kajian ...hehehe aku mmg suka mengkaji ...:) bunga ni semalaman direndam br leh kuar warna biru ..lainlah kalau diblender ngan bunga2nya sekali .
Nanti aku nk try wat kek pakai warna biru ni jadi tak?nnt bukan hr ni ..petang ni aku ade resepi br ..aku nak perabih pisang kat dapur tuh ..apam pisang sudah skrg nakcari yg lainlah plak ..bosan apam karang muka aku pum tembam mcm apam ..tak sanggup you ...
Aku tgh masak ni ..korang caya tak ..sambil masak leh berblog wahahahha ..aku mana reti wat satu kerja satu masa ..waste my time....:) Hr ni menu ringkas je..sup ayam ikan goreng ngan sambal ...beressssssss.
cau cin cau ..wa mahu mandi itu budak 6 kilo ..adesss mujur syukur alhamdulillah tak demam adiossssssss

Mertua vs Menantu

   Assalamualaikum...Pagi ni terlalu busy dgn kerja2 kat umah sampai terlambt update...mcm nilah  kehidupan seorang surirumah.KERJA  tak habis2 dr pagi smpi ke tengah mlm..kerja kerja kerja....rehat?ade..ni berblog ni berehatlah sekejap ...fuhhhhhhhhhh .lega kerja dah hbs..tapi sat lagi nak masak lunch plak.,tarik nafas balik ok...n3 kali ni agak sensitip skit ..pada mereka2 yg dah berkahwin..pada mrk2 yg blm berkahwin leh jdkan teladan ok ....Apa yg aku tulis kat sini takda kena mengena dgn yg hidup mahupun yang mati ..no heart feeling cheewah!! 

  Anda menantu atau mertua? Kalau anda menantu ade beberapa perkara penting harus kita ingat dlm hubungan antara menantu ngan mentua..

1) Jangan sesekali kutuk anak dowang depan dowang....means.
.kalau ade apa2 yg buruk atau sikap negatif anak2 dowang jgn ckp atau kutuk2 depan mertua.Yang ni mmg sensitip...tp ade betulnya lah..kalau kita kutuk anak dia depan dia...surelah dia marahkan?

2)Menziarah .means
Datanglah menjenguk mertua ...kalau bukan sebulan 2x...apa kata tel ..skrg ni kan ade macam2 jenis cara berkomunikasi ..jgn wi alasan ..macam2 sbb tel pun dah kra ok janji ingat.Kalau jauh tuh dimaafkan jugakah tak boleh nak balik tetiap minggu .$$$$$$$ banyak oooo

3)Sentiasa mengingatkan suami.means
Hulur2kanlah $$ dkt mertua setiap bulan kadang2 org tua ni bukan nak sangat tapi bila anak2 or menantu bg ..mesti dorang gembira dan senyum sampai telinga..:) dan kalau anda ni menantu perempuan ..TLG JGN HLG SUAMI nk bg pitis dkt mak dia...itu tanggungjawab dia ..okay

4)Pandai amik hati mertua means
Belikanlah apa2 buah tangan untuk mertua kalau kita balik kg ..jgn lenggang kangkung bwk badan je..belilah apa2 kain batik ke pelikat ke tudung ke kopiah tuh tanda ingatan...bio benda tuh murah pun mereka ttp akan ingat.BETUL tk caya buatlah  :)


5) Masakan.means
Belajarlah masak makanan yg disukai suami dgn mak mertua..sbb suami pasti akan bertambah sayang...apabila kita dpt masak makanan kegemaran dia..apatah lagi blajar ngan mertua ..mak suami :)


Haa yg ni plak kalau anda seorang mertua.

1) Ank sendiri means
Layanlah menantu mcm anak sendiri..jgn dibeza-bezakan ....yerlah terasa mcm kat planet alienlah plak....betul tak?dan menantu mesti terasa disayangi

2)Jangan paksa balik setiap minggu means
Janganlah asyik suh balik setiap minggu kalau dekat leh tahan jgklah ..kalau jauh?tak ke banyak belanja...kadang2 kita kena tgk jgk belanjawan anak2...ni setiap minggu tel suh balik...nak akhir2 bln pun suh balik tak ke parah...ermm

3)Masuk campur means
Haa yg ni mmg kes berat.Tolonglah jangan masuk campur hal keluarga anak2..lainlah kalau mmg dowang yg beritahu..ini sibuk2 tanya....itulah inilah..relaxlah dowang nak gak kehiudpan sendir belajar menyelesaikan masalah sendri

4)Tanggungjawab
Biarlah dowang hidup berdikari...nak duduk umah sendiri tak bagi ..nak tgk cuculah rindu cuculah...kalau duduk dekat...semua bau busyuk ..minyak wangi pun busuk ..kalau duk jauh2 sesekali jumpa..bau kentut pun wangi ..ye dak?

5)Saling hormat menghormati means
Antara mertua ngan menantu kena saling hormat menghormati jgnlah asyik mertua je betull sesekali biarlah menantu gak betul ..

Diharap apa aku tulis ni dapat pengajaran dan nasihat kepada semua kengkawan....saling ingat mengingti ...allrighttttttt!!

Tuesday, January 18, 2011

Aku aka saya aka Lynn?

   Salam ...firstly mekasiih byk2 kpd semua follower2..toceh toceh .ermm tak sangka ye...dlm masa seminggu dah ade 50 follower.Tq so much ...:) Mula2 aku buat blog ni saja suka2 sbb dengo2 pesbuk nak tutup..macam2 sebab aku dengo.....ermm sikit pun aku rasa tak caya .....sbb tuhlah aku wat blog...tak disangka ..ade gak org nak baca celoteh aku ni hehehhe.
  Sebenarnya aku tak suka nak bahasakan diri saya atau lynn ke masa aku menulis....takda feel .....sbb nak menulis ni kena ade feel ...menjiwangkan diri dlm tulisan kita..wahhh  betul ..bila aku bhskan diri dgn bhs yg sopan2 elegan gituh aku rasa kekok ..aku kata untuk diri aku sendiri aaaa bukan orang lain. :)
Aku mintak ampun byk2 kalau ade diantara blogger2 ni yg lbh tua dari aku ..aku tak bermaksud kurang ajaq..atau kurang asam garam ..tp aku lbh selesa bermonolog ngan diri aku dgn bhs..yg santai ...Waa panjangnya karangan ..kalau dulu ms sekolah tak terasa pla nak nulih panjang2 gini ..dh tua mcm ni br ade perasaan ..opssss bukan tua .heheheheh dewasa...
   Kalau korang nk tahu ..hubby aku pun tak tahu aku ade blog ...laaa tak caya? betul ....dia takkan marah ..cuma aku rasa kalau aku beritahu pun dia sekadar anggukkan aje...ermm lbh baik tak yah beritahu ..aku tak wat dosa pun..tulih resepi jekkk hehheeh.Tapi dia tahu bini dia..suka nulis....buku mesti ade ..nk tulih luahan hati dan perasaan apa yg aku buat hr2..sbb tuhlah aku rasa aku patut ade blog ...ye dak??
Kalau aku wat jemput pisang tuh maksudnya akunya mood M melanda bagaikan ribut taufan ....oklah semua aku nak kemas umah .....asyik2 kemas umah kan?nk wat camne tukang kemburnya 4 orang yg kemasnya aku sorang ..atoiii!! oklah chow...


 SEdapnya dpt makan tembikaii BAPOKKKKKKK mcm ni ...hahahah aku takleh mkn lagi tembikai pantanggggggg ooooooooo hahahahha



 

Ajad sudah 2 bulan.

   Assalamualaikum ...Sorylah aku lambat nak update status...heheh status?korang nak tahu aku bgn kul berapa? 4.30 pagi ....pehh sampai sekarng tak lelap mata lagi ...pg td ade kawan anak2 aku order pizza ngan nasi lemak sbb tuh aku kena bgn awal ..kalu tak aku tido lagi sampai kul 6. 

 Hari ini ajad kena inject untuk 2bulan ...woo ajad anak mama tak nangis ..selamba je kena cucuk ..ekkk pun idak ..heeheh ..misi kata kalau ni 2 bulan inject demam DEMAM??? adess aku kalu anak demam mmg terbantut semua akunya business ..aku kena stop belaka ..apa2 pun ...concentrate kat anak yg demam ni lahh..dolu2 masa anak yg lepas2..klinik bg ubat demam...skrg tak bagilah plak ..dia bg sedos je ..lps inject ..kedekutlahh hahhha

  Aku nak cite masa aku g klinik tadi..dr rumah kul 8.30pagi ..sampai klinik daftar2  8.45.Klinik dekat je ngan umah ..5 minit ..sebelah sekolah anak aku ... pastuh duduklah ramai2 kat situ ...:) aku ni kan mmg peramah orangnya ..org tak tegur dulu aku tegur dah hahahha ..kalau dia jawab berjela ..leh cite panjang2 ..aklau jawab nak tak nak je ..aku stop jelah cakap ...mesti angin tgh tak baik ..gaduh ngan tok laki ke :) alahan ke .muntah2 ke ..maklumlah klinik yg aku g ni klinik kanak2 dn ibu mengandung :).Nak tahu knp aku g klinik kerajaan?sbb kat situ ramai orang ...bila ramai orang ..ramailah customer..hehheh promosi2 ..kena pandai Plan Marketing tuh ahakkks

    Yang aku klako tuh ...adelah sorang polis ni ..pangkat pegawailah...perempuan...bwk anak perempuan dia dalam lingkungan setahun setengah nak g cucuk kot...duduklah sekali ngan aku ..adelah bebrapa orang lagi ...dia citerlahh pasal dia pakai ade satu bendaalah ni cucuk kat keta ..bg jimat minyaklahh ..promosi mcm aku gak ..hahhah..abis je dia promote ..aku pun promote akunya kek coklat ngeeeeeee...last2 sapa yg kena ..dia yang kena....laku kek aku 4 bungkus ...syukur alhamdulillah ..rezeki jgn ditolak ...musuh jgn dicari ..bala letak jauh2...sbb tu aku suka g klinik kerajaan ....ade udang disebalik mee. Padahal aku bleh sgt nk g klinik bayo ..mmg panel ....:) saja tak mboh ..klinik panel org kurang pastuh sumbung2 bodoh plak tuh ..malas aku ngan orang berlagak mcm tuh ....citt pigidahhhh

    Tadi timbang ajad ..masa sebulan berat dia 4.7kg ..sekarng berat dia 5.7 kilo hehehhe ..sekilo sebulann ...kuat nyusu ajad ni ..lagipun ajad hanya minum susu yg paling mahal didunia....jeng jeng jeng ...!!haahahha..
korang nak tgk gambo ajad masa 2 bulan .?.jap2 aku amik gambo ajad ...korang nak tahu tak ..ramai yg cakap muka anak aku ajad cam perempuan ..adess ..mmgla dia sweet sangat ...dan mgkn aku teringin sgt2 anak pompuan ..Allah bg gak kat aku ..meh2.itu bhs terenganu mirip2 ...ermmm malas nak citer aku sensitip bab2 gini .uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



My dearest Muhammad Amjad Ahnaf :) 2 months

Ya Allah Ya Tuhanku ..berikanlah aku kekuatan dalam membesarkan anak2...amin

Monday, January 17, 2011

Acuan Donat !!

  Salam blogger2 yg tersayang ...wahhh mcm nak tulis surat cinta plak rasa hahhahah ...Ok straight to the point ..ada adik aku bkn adik kandung adik dlm Blog.....dia tanya ..akak pakai acuan apa buat donat mcm2 bentuk ....heeeheh :) suka2 kalau ade org tanya ...ok aku pakai acuan ni ...



Inilah acuan2nya kalau aku wat donat ...:) acuan ni sebenarnya nak buat deco untuk kek fondant wat bentuk2 ...tapi kek fondant bkn selalu pun dpt order so ...aku buatlah donat pakai ni ...acuan ni leh beli kat kedai bakerylah selalunya ade ...heheheh dolu2 aku beli rm2.50 ..skrg tak tahulah berapa RM ...:)
Selamat mencuba semua ......:) got to go ...