Assalamualaikum.....

Selamat Datang .....
rumah ni rumah aku ..

tk suka takpa ..
suka sila follow yer.
...



Friday, January 14, 2011

Berleter?...Aku mmg kuat berleter :)

           Pagi2 Jumaat elok gak kita buat renungan ttg kehidupan,kematian dan apa lagi yerkk abis dah ayat aku .. heheh pagi jumaat yg blur...husband aku g kerja pg ni kira OTlah sbb minggu ni dia standby.So aku ade banyak masa depan komputer ...kalau dia ade taklehlah duk congok depan komputer .Congok ye bukan Congak ..congok means tercegat mcm duduk kat situ tak gi mana2 :) .Congak means ..ala congak2 harga teka2 harga ..gitulahhh.So pagi ni aku amik nie dalam fb..kita kongsi sama k ....amik iktibr jgn bc jekkk hahahahha.AKU PUN SAMA ...:)


Nabi Muhammad s.a.w. berdoa, "Ya


Allah, kuatkan Islam dengan Umar bin Khattab ataupun Abu Jahal bin Hisyam."

   Berkat doa itu, pada tahun 6 Hijrah, Umar bin Khattab menganut Islam. Pada masa itu, beliau berusia 27 tahun. Berita itu menggembirakan umat Islam dan seluruh kafir Quraisy di Mekah.

   Pengislaman Umar memberi impak yang cukup besar. Sebagaimana beliau terkenal sebagai seorang yang berani sebelum Islam, begitu juga sifat beliau selepas melafazkan syahadah. Beliau menghunuskan pedang mengisytiharkan keislamannya, malah mencabar sesiapa sahaja yang menentang.

   "Sesiapa yang mahu menjadikan ibu mereka kehilangan anak atau anak-anak mereka menjadi yatim dan sanggup melihat isterinya menjadi janda, halang saya! "

   Orang kafir hanya mampu berputih mata menyaksiakan Umar tanpa berani berkata apa-apa. Mereka tahu mereka sedang berhadapan dengan siapa.

   Sejak Umar memeluk Islam, beliau terus mendampingi Nabi Muhammad s.a.w.. Setiap peperangan menentang musuh Allah, beliau turut serta. Pendapatnya sering diguna pakai oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Kelibatnya ditakuti musuh.

   Nabi Muhammad s.a.w. berkata, "Saya melihat syaitan dalam kalangan jin dan manusia lari lintang-pukang apabila bertembung dengannya. "

   Semasa Umar memegang jawatan pemerintah Islam menggantikan Abu Bakar, seorang lelaki datang ke rumahnya. Lelaki itu berhasrat untuk mengadu berkaitan dengan hal isterinya.

   Apabila hampir tiba di rumah Umar, dia tercegat di hadapan pintu rumah pemimpin Islam itu. Dari luar rumah, dapat didengari suara leteran isteri orang ternama itu. Pada masa itu, isteri Umar ialah Ummu Kalsum bin Ali, anak kepada Ali bin Abi Talib. Yang anehnya, suara Umar langsung tidak kedengaran.

   "Sekiranya beginilah keadaannya semasa berhadapan dengan leteran isteri sedangkan di luar beliau dikenali sebagai seorang yang berani dan tegas, bagaimana pula saya? " Lelaki itu berfikir sendirian.

   Kemudian, dia melangkahkan kaki meninggalkan rumah Umar. Ketika itu, Umar membuka pintu. Lantas beliau menyapa dan bertanya tujuan kedatangan lelaki tersebut.

   "Tujuan saya datang ialah untuk mengadu perangai buruk isteri saya yang suka berleter. Tetapi apabila terdengar isteri tuan sedang berleter sedangkan tuan tidak berkata apa-apa, lalu bagaimana pula keadaan saya? " Lelaki itu meluahkan perasaannya.

   "Saya bersabar mendengar leterannya kerana beliau ada hak ke atas saya," Umar menjelaskan keadaan.

   "Isteri saya memasak, mengadun roti, membasuh pakaian dan menyusukan anak, sedangkan kebanyakan yang dilakukannya itu tidak diwajibkan ke atasnya. "

   Lelaki itu mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan mendengar penjelasan Umar.

   "Isteriku juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan haram. Itulah sebabnya saya bersabar dengan leterannya."

   "Benar segala apa yang tuan katakan. Isteri saya juga melakukan semua itu," akur lelaki itu.

   "Bersabarlah. Leteran mereka hanya sekejap sahaja." Umar menenangkan.

   Lelaki itu pulang dengan wajah yang lebih tenang berbanding semasa dia tiba ke rumah pemerintah Islam itu.

sumber : email

No comments:

Post a Comment