Assalamualaikum.....

Selamat Datang .....
rumah ni rumah aku ..

tk suka takpa ..
suka sila follow yer.
...



Thursday, January 20, 2011

Brownies pisang .

  Salam ..lagi dan lagi .Pagi ni aku nak tulis resepi yg petang semalam tak sempat nak update petang tuh lalu .Suka tak makan brownies?Aku nak kata suka sgt idaklah jugak ..makan gak skit2...tp brownies kali ni agak berbeza..sbb aku letak pisang yg dilenyek kasar jd masa mkn akan terasa pisangnya .
  Ok ..aku mmg sakit gigi tapi tak sakit jari ..so aku masoh blh mengepost n3 baru kat korang ..so korang jgn isau ye...Meh kita layan gambar bronies..pastuh aku akan bg resepi okayy

Haa yg ni sebelum dibakar ..brownies sellunya org letak dalam loyang empat segi sbb sng nak potong.
  Gambor ni plak yg sdh dibakar ..heheh abaikan kecacatan disitu..aku cucuh pakai garpu tuh nk th masak ke tak..takpa2 nnt touch up skit

Yang ni setelah ditopping ngan coklat cair ...mabelles.
  Tadaaaaaaa ..setelah dipotong dan dihias ..ermmm sedapp
Ok kita layan resepi plak k ermmm nampak tak pisang kasar kat brownies tuh ..sedap!!



Bahan2
4 biji pisang ~ dihiris/dilecek atau boleh juga separuh lecek separuh hiris2 (aku bubuh 5 biji & dilecek)
50 gm serbuk koko
115 gm mentega
340gm gula halus
115gm tepung gandum
½ sudu kecil baking powder
sedikit garam
sedikit esen vanilla

Cara-caranya
1. Cairkan mentega.
2. Pukul/kacau sedikit telur bersama gula halus & juga serbuk koko. (guna whisker aje.. xyah guna mixer pun). Tuangkan mentega cair & garam. Kacau sebati.
3. Ayak tepung gandum bersama baking powder sebanyak 2 kali.
4. Masukkan tepong gandum tadi ke dalam adunan cecair tadi sikit demi sikit & digaul sebati.
5. Gunakan senduk kayu, masukkan pisang yang dilecek & juga esen vanila. Kacau sekadar sebati.
6. Panaskan oven suhu 175C ~ 180C (ikut oven masing2). Lengserkan loyang dengan sedikit marjerin.
7. Tuangkan adunan brownies tadi ke dalam loyang dan bakar brownis selama 30 ~ 35 minit / sehingga masak. (guna lidi penguji utk uji brownis.. jika dicucuk & keluar bersih bermakna brownies sudah masak.. atau cara lain.. tekankan jari anda ditengah2 brownies/kek (pun boleh) jika ianya menganjal bermakna sudah masak. Jika ia meninggalkan kesan tenggelam kesan jari ertinya masih belum masak... Ini petua dari Chef Anuar Deraman
8. Potong2 brownies untuk dihidang samada tanpa topping atau boleh juga diletak topping kegemaran (jika nak letak topping.. sejukkan terlebih dulu






COKLAT TOPPING


250 gm coklat masakan
2 sudu besar susu pekat manis
1/4 cawan air panas mendidih

Cara2 Menyediakan Topping
1. Panaskan air dalam periuk untuk tujuan double boiling.
2. Bancuh susu manis dengan air panas hingga sebati.
3. Dalam bekas yang sesuai.. tuangkan bancuhan susu tadi & coklat masakan dan masak secara double boiling sehingga coklat cair.
4. Matikan api.. dan sentiasa kacau coklat sehingga mendapat kepekatan yg sesuai. (bila dia sejuk sikit.. dia makin pekat dan bolehlah dituangkan di atas brownies yang sedia disejukkan)


Oklah .cubalah yer,,resepi2 kat sini ..cau cin cau

No comments:

Post a Comment