Assalamualaikum.....

Selamat Datang .....
rumah ni rumah aku ..

tk suka takpa ..
suka sila follow yer.
...



Saturday, January 15, 2011

Tips asas membuat muffin.

   Assalamualaikum ..ada seorang kawan blogger aku ade tanya ..mcm mana nk dapatkan muffin yg gebu dan sedap..dan teknik2nya.Tips ni aku dapat masa aku bc baca blog seseorang ..tak silap aku D.Thanks D.Meh kita share sama2 dan mintak2 leh dpt maanfaat dr tips ni .Check it out ...Sebelum tuh tgk gambo muffin ..bg yg tak berapa pasti lg ..eeheheh


     Teknik asas membuat muffin adalah mudah. Bahan-bahan basah dicampurkan dalam bekas dan kemudian bahan-bahan kering dicampurkan untuk mendapat adunan yang sebati ratanya. Minyak atau mentega digunakan untuk mendapatkan muffin yang mempunyai texture coarse dan crumbly. Dalam sesetengah resipi, mentega dan gula dipukul untuk mendapatkan texture yang lebih lembut.

Campuran bahan-bahan cecair seperti susu, yoghurt dan jus buah-buahan juga membuat muffin lembut dan lembab. Bahan seperti oats dan bijiran direndam dan dilembutkan dalam bahan cecair sebelum dicampurkan kepada adunan muffin.

Bahan cecair dan bahan kering dicampurkan untuk mendapatkan adunan yang dapat disatukan rata. Adunan muffin tidak perlu dikacau lebih dari 15 saat. Adunan yang bergumpal dan tidak rata adalah biasa sewaktu membuat muffin. Adunan muffin yang terlalu dikacau akan menjadi liat, mendap dan tidak sedap. Diana selalu menggunakan spatula sewaktu mengacau muffin untuk lebih senang dapat mengagak consistency adunan muffin berbanding dengan menggunakan mesin bancuhan yang berputar terlalu cepat.

Gunakan tepung serbaguna (tepung gandum) kecuali sekiranya resipi mengatakan yang berlainan. Pastry dan tepung kek selalunya tidak suai digunakan kerana muffin akan menjadi terlalu lembut dan bentuknya akan berubah.

Isikan mangkuk cup muffin hanya tiga suku penuh untuk adunan yang ringan dan untuk adunan yang berat isikan adunan hingga penuh. Gunakan sudu, senduk kayu ataupun ice-cream scoop untuk mengisikan adunan kedalam mangkuk muffin.

Bila membakar muffin gunakan rak tengah dalam ketuhar untuk mendapatkan muffin yang cantik. Muffin boleh dikatakan masak bila permukaannya naik dan kering bila dipegang dan tepi muffin senang terkeluar dari loyang. Boleh juga menggunakan lidi pengguji, jika lidi keluar bersih bermakna muffin sudah pun masak. Muffin sedap dimakan pada hari ia dibakar, dan ia juga boleh dibekukan dalam peti sejuk.

TIPS PENTING: JANGAN GAUL MUFFIN LEBIH DARI 15 SAAT APABILA SUDAH CAMPURKAN DENGAN BAHAN KERING. JIKA TERLALU DIGAUL ADUNAN, MUFFIN AKAN MENJADI LIAT, MENDAP DAN TIDAK SEDAP.

Tips kat  atas ni mmg penting ..adunan takleh kacau sungguh ngat ,,mmg adunan mcm tak rata tapi itulah muffin.Muffin yg sedap dan cantik bila masak menggunung keatas ..itu br kelasssss!! ..

Nak resepi muffin tak?Resepi ni resepi asas yang boleh kita pelbagaikan..resepi ni aku amik dlm blog D.Jom kita tgk apa bahan2nya ....

 Best Ever Muffin ...

2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder ( muffin bergantung dengan baking powder )
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan gula
1 biji telur
1 cwn susu segar ( aku pakai susu tepung jek..susu cair pun blh)
1/4 cawan minyak.( nk guna minyak masak biasa pun blh ..kalau nk sedap lagi guna minyak jagung)

    Ok ni cara2 buat muffin..bhn2 kat atas kita blh kategorikan ade bahan kering dan bahan basah.Bahan kering tepung gandum,baking,gula dan garam..masukkan dlm 1 bowl.Sebatikan, yg ni settle...pastuh amik bowl lain masukkan telur ,susu dan minyak ...kacau bg sebati ..dah kacau masukkan bahan basah ni  dalam bahan kering tadi...kacau dgn spatula dalam masa 15 saat jekk.Aku siap merahkan ni ..nk bg ingat ..manalah tahu karang lupa ...yg ni asas je ..kalau suka letak kismis letaklah ...choc chip..cheese kurma ..blueberry whatever...bulehh belaka.Bakar dlm oven 180 dlm masa 14 minit..bergantung pada oven masing2.
        Resepi ni mudah dan pantas..amik masa dlm 30minit siap masak hahhahah ..senang kan...apa lagi cubalahh !! jap lg aku bg tips lain plak ...so check it out!!

No comments:

Post a Comment