Assalamualaikum.....

Selamat Datang .....
rumah ni rumah aku ..

tk suka takpa ..
suka sila follow yer.
...


Friday, January 28, 2011

Petua di dapur Pastri

     N3 kali ni aku nak post petua2 je...petang ni aku bagi sepuluh petua yang berkaitan tentang kek ataupun pastry .Mungkin ada diantara petua2 yang aku bagi ni mmg korang dah tahu ..takpalahh aku ingatkan skali lagi untuk peringatan kita brsama..kadang2 benda kecik2 macam nilah yang kita terlepas pandang .yerlahh aku ni pun bukan pandai sgt pun nak ngajo orang hehehh anyway meh kita checkk petua2 ni sama2 okay

  1. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan,bahan2 mestilah ditimbang dengan betul
  2. Ketika mencanai apa sahaja doh,jangan menaburkan tepung keterlaluan dipapan pencanai kerana ia senang diserap oleh doh dan akan menukar kuantiti barangan yang dibuat
  3. Oren atau lemon yang digunakan mestilah dibasuh terlebih dahulu sebelum diparut.
  4. Tentukan ketuhar telah dipanaskan terlebih dahulu sebelum membakar.Ketuhat elektrik memerlukan 20minit sebelum membakar dan gas selama 15minit sebelum membakar>Tentukan rak2 ketuhar ditempat yang betul.Sebagai panduan barangan beryis dan pastri hendaklahdibakar dirak yang teratas,kek dan biskut di rak yang tengah dan merigue dibahagian bawah sekali untuk mengelakkan ia bertukar warna terlalu cepat
  5. Tentukan kek tin diletakkan terus diatas rak ketuhat tidak diatas dulang pembakar yang lain melainkan jika tercatat didalam resepi
  6. Jika kek telah berwarna coklat tetapi kek masih belum masak,tutup dgn kertas minyak atau kerajang aluminium foil
  7. Jangan membuka pintu ketuhar pada peringkat awal membakar,jika biskut pintu ketuhar boleh dibuka selepas 5 minit tetapi kek selepas 15minit.
  8. Kek yang telah masak akan kelihatan mengecut dari tepi tin dan apabila ditekan dipermukaan atasnya dengan jari ia tidak meninggalkan kesan.Pencucuk lidi atau pencucuk daging (skewer) boleh juga digunakan untuk menentukan kek telah masak atau belum.Jika tidak ada tanda adunan melekat ini menandakan kek telah masak.
  9. Epal,pir dan pisang akan kelihatan lebam apabila dipotong.Untuk mengelakkan kesan lebam ini perahkan sedikit jus limau nipis dan gunakan pisau keluli berkilat.
  10. Jika doh pastri susah hendak dicanai letakkan diantara dua keping kertas minyak yang telah ditabur dengan sedikit tepung atau dinginkan dahlu didalam peti sejuk selama 30 minit.
Ok kita stop dulu ..cik abe balik dah dari solat nak sediakan makanan ..so chowwwwwwww

No comments:

Post a Comment