Assalamualaikum.....

Selamat Datang .....
rumah ni rumah aku ..

tk suka takpa ..
suka sila follow yer.
...


Friday, January 28, 2011

Petua di dapur Pastri II

  Bertemu kembali kita ..heheheh ..dh makan ke belum? aku br sudah makan ..hr ni aku masak nasi goreng je sbb hr ni tk ramai  kat umah ..so makan apa yang ade ajele..jgn membazir.Hr ni aku buat kek batik ..alaa kek yg paling simple ..kalau korang nak tahu ..kek ni aku tak rajin sgt buat ..tp jiran depan umah aku ..selalu buat ..hai kak g heheheh!! aku pun teringin gak nak buat ...lagipun hr tuh kak g buat ..mcm best je anak aku makan ..:).Lepas buat nasi goreng aku pun buatlahhh ..kejap je ...sonang je yer...hahahah.Ok kita sambung petua2 tadi dr 10 sampai 20 ..Check it out!!

  • Doh pastri boleh bertahan lama jika diisi dalam plastik dan disimpan didalam peti sejuk .
  • Gunakan kertas minyak (greased proof paper) untuk mengalas dulang pembakar apabila membakar biskut atau merigue.Ini bukan sahaja menyelamatkan masa daripada melenserkan tin pembakar bahkan mengelakkan biskut daripada pecah.Kertas jenis ini boleh digunakan beberapa kali.
  • Kek keju mestilah disejukkan didalam ketuhar selepas dibakar.Matikan suis ketuhar dan buka sedikit pintu ketuhar.Ini mengelakkan kek keju daripada mendap.
  • Lebihan putih telur boleh dibuat merigue apabila anda memerlukan kuning telur sahaja.Untuk glis kuning telur(dipukul sedikit)masukkan kedalam botol bertutup rapat dan bekukan didalam freezer
  • Apabila menerap pastri,celupkan penerap didalam tepung
  • Sebelum membakar biskut,eloklah cuba membakar dulu dua keping biskut dahulu untuk menentukan keadaan pengembangan ketika pembakaran.Ini adalah bagi mengelakkan daripada membentuk biskut terlalu besar atau kecil
  • Untuk mendapatkan jus limau/oren yng agak banyak golekkan dahulu buah beberapa ketika diatas papan pencanai
  • Parutan keju boleh diisi didalam botol dan disimpan didalam peti sejuk
  • Mengupas kulit badam akn bertambah mudah jika direndam didalam air panas terlebih dahulu
  • Untuk menyedapkan lagi manisan buah-buahan(fruit salad) tambahkan sedikit jus oren,jus nanas ataupun jus laici.
Hbs dah ...next n3 plak ..ajad ats riba ssh nk type hhihihihi

No comments:

Post a Comment